Mabel Normand
Mabel Normand

Mabel Normand

Mabel Normand (9 November 1892 – 23 Februari 1930) merupakan pelakon, penulis skrip, penerbit dan pengarah filem Amerika Syarikat semasa era filem senyap. Beliau merupakan bintang terkenal dan gandingan Mack Sennett dan filem-filem Keystone Studios[1] dan semasa kemuncak kerjaya beliau pada akhir 1910-an dan awal 1920an, beliau telah memiliki studio dan produksi perfileman beliau sendiri.[2] Dalam filem, beliau telah muncul dalam 12 buah filem berjaya berjaya Charles Chaplin dan 17 buah filem bersama Roscoe "Fatty" Arbuckle.[3]Pada tahun 1920-an, nama beliau dikaitkan dengan beberapa skandal termasuk pembunuhan William Desmond Taylor pada tahun 1922 dan tembakan kepada Courtland S. Dines pada tahun 1924. Walau bagaimana pun, beliau bukanlah suspek kepada kedua-dua jenayah tersebut. Beliau menghidap batuk kering pada tahun 1923 dan menyebabkan kesihatannya merosot. Beliau meninggal dunia pada tahun 1930 di usia 37 tahun.[4][5]

Mabel Normand

Pekerjaan Pelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit
Pasangan Lew Cody (k. 1926)
Tahun aktif 1910–1927
Nama lain Mabel Normand-Cody, Mabel Fortescue
Meninggal dunia 23 Februari 1930(1930-02-23) (umur 37)
Monrovia, California, A.S.
Warganegara Amerika
Sebab kematian Batuk kering
Kelahiran (1892-11-09)9 November 1892
New Brighton, Staten Island, New York, A.S.